Assalammualaikum…
“SELAMAT TAHUN BARU …..”
Sorry tierO lambat update..Maklum la hujung-hujung tahun ni banyak yang nak di update-kan nye pun..Ehem ehem…adoi gatal plak tekak ni..Hmmm..PUTUS CINTA..ramai antara kita pernah putus cinta kan.zieO dah banyak kali putus cinta bila dah kerap sangat putus cinta ni kan zieO dah lali klu frust lagi.zieO kadang-kadang terpikir apa yang lelaki cari dalam satu perhubungan tu sedang kan dia mempunyai isteri yang baik, penyayang, hormat org tua, taat pada agama pun di ceraikan oleh si suami ini kan pulak kita yang baru bercinta. Lain orang lain pikiran nya kan.Tak semua lelaki macam tu betul tak.Hmmm..dalam satu percintaan apa yang paling penting adalah penerimaan kita terhadap dia and penerimaan dia terhadap kita..Kepercayaan juga penting tapi jangan terlalu percaya di awal perhubungan tu..Apa yang buat orang perempuan kecewa yang teramat sangat bila putus cinta salah satu dari nya sebab terlalu percaya dan terlalu sayang, sampai diri pun tergadai..
Bila di tinggalkan dengan alasan yang tak munasabah, kita rasa marah,bengang,kecewa,geram sebab di perlakukan macam tu tambahan pulak kita dah menyerahkan segalanya pada dia (kononnya tu bukti kita cintakn dia).Bak kata pepatah “ Habis Madu Sepah Di Buang”..Time tu mula la rasa nak bunuh diri kan.Hidup pun dah tak de makna sebab dok pikir tak de lelaki yang nak kita kalau dia tau kita dah tak DARA lagi..Tau tak sebenarnya Perempuan/Wanita yang menjaga kehormatan dirinya dan di berikan hanya kepada suaminya(1st time),Sesungguhnya dia telah membina sebuah istana buat ibunya di akhirat kelak..Wallwahualam.
Biasanya orang perempuan kalau putus cinta dia menangis semahunya,dok berkurung dalam bilik,makan tak nak,mandi tak nak..Masa macam ni la syaitan sangat suka menggangu manusia..Itulah terjadinya perkara-perkara negative.Jangan macam tu,bila kita putus cinta memang pedih nak terima,tapi cuba tanamkan dalam diri yang dia bukan yang terbaik buat kita atau dia bukan jodoh kita kerana sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat Umantnya..Kita kena pikir perkara yang positif.Itu semua adalah dugaan dariNYA kerana ALLAH tidak akan menguji kita di luar kemampuan kita.Kita di lahirkan hidup berpasangan tapi bukan bermakna kita tak boleh hidup berseorangan.Boleh, tapi bagi mengelakkan terjadinya maksiat kita diwajibkan berkahwin jika kita mampu dari semua segi.Bersabar dan selalu berdoa moga di pertemukan dengan pasangan yang sesuai dan dapat membimbing kita ke jalan yang betul dan di redhai ALLAH S.W.T..
Jangan sekali kali kita menyerahkan kehormatan kita pada lelaki yang belum tentu lagi menjadi suami kita.Solat lah dan mengadulah padaNYA sesungguhnya DIA Maha Mendengar..Luahkan segalanya dan janganlah ketika susah kita mencari NYA dan bila senang kita lupa pada NYA.Jadilah diri sendiri dan ubah lah kelakuan diri / sikap untuk kebaikan dan bukan untuk keburukan.Berubah demi kebaikan.Biar lah kita di cintai seadanya diri kita.dan di terima sebagai pasangan dengan hati yang terbuka.
Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya.Ambil pengajaran dari percintaan yang lepas dan jangan di ulangi perkara yang sama dengan pasangan yang baru.Setiap lelaki kemahuan,citarasa semua nya berbeza.Ada yang suka perempuan gemuk,ada yang suka perempuan kurus,ada yang suka perempuan berusia.Sebab tu ada pepatah “CINTA ITU BUTA”.
Berdasarkan dari pengalaman zieO la kan.Lelaki ni sebenarnya hati dia lebih lembut dari perempuan.Memang kita susah nak nampak sebab ia terselindung di sebalik ego mereka.
5 Perkara yang lelaki tak suka pada seorang perempuan:-
1- Dikongkong / control
2- Berleter / membebel
3- Perempuan yang cerewet
4- Perempuan yang tak pandai berdikari.
5- Tak hormat orang tua.
5 Perkara yang lelaki suka pada seorang perempuan.
1- Sopan santun,Berbudi Bahasa
2- Berdikari
3- Taat pada agama dan ibubapa.
4- Memahami
5- Bijak dalam melakukan sesuatu perkara.
Pengalaman banyak mendewasakan kita dan buat kita lebih matang dalam menjalani
liku-liku hidup ini.Jangan di ulangi kesilapan yang sama..
Wassalam....
No comments:
Post a Comment