Monday, 9 January 2012

Fall in LOVE

Assalamualaikum semua readers :)

Pejam celik pejam celik dah masuk hari kesembilan ditahun 2012, esok yang ke 10. Masa berlalu memang  cepat kan?, rasanya azam tierO belum bergerak-gerak lagi nih, masih berada di garisan permulaan *lambat betul pengadil nih nak tiup wisel* dah lah tierO ni bergerak dengan super slow mengalahkan ulat gonggok, hikhik.

Apa topik kali ini ek? tadi macam mencurah-curah dalam kepala sekarang hilang entah kemana *kemana kau?* Nak sambung entry sebelum nih, rasa macam dah tak reti nak bercerita apa. Entry putus-putus cinta dan nasihat-nasihat cinta ni tierO tak reti, zieO yang hebat! kan zieO *betul tuh dia angguk kepala*


"I believe in love"

Korang believe tak? kalau tierO believe aja. Hati kita mestilah kita percaya kan. Siapa lagi yang nak percaya hati kita selain diri kita sendiri *siapa setuju sila angkat kaki kiri*

Bila kita dah jatuh cinta, sure kita akan percaya giler kat dia dan dalam masa yang sama kita nih dah macam bayang-bayang dia *mana u nak pergi, nak buat apa, dengan siapa, u mesti bagi tau I ek* hahh betul tak?

Eh tapi, kalau kita dah percaya kan dia buat apa nak ambil tahu setiap pergerakan dia? takkan lah dia nak makan dan makan apa pon nak kena report. haha *amik kau mak nenek tierO bebel merepek-repek* ada lelaki suka nak report benda-benda nih semua, ada yang tak suka tapi terpaksa buat sebab sayang punya pasal.

Rasanya, mesti lelaki rimas dengan perempuan yang seperti bayang-bayang nih kan. ada masanya dia perlukan ruang dan perlu bernafas dengan sepuas-puasnya tanpa sesiapa di sisi dia *bunyi macam nak membela lelaki lah pulak!*

Tiero tidak menyebelahi mana-mana pihak *tidakkk saya tidak bersalah* bercakap atas dasar ruang, semua orang dizaman sekarang perlukan ruang *bukan ruang yang diperkatakan adlin aman ramli tu ek* ruang yang cuba dimaksudkan ialah ruang untuk diri sendiri yer anak-anak semua *mampus orang tak paham baca ayat aku nih!* 

Semua orang sekarang memerlukan masa untuk diri dia sendiri untuk bersendirian. Masa kita bersendiri tulah macam-macam yang kita fikir atau buat keputusan tanpa dipengaruhi mana-mana orang. Biasanya ruang yang ada untuk tierO bersendiri dan berfikir tanpa gangguan *berangan sebenarnya* bila berada dalam kereta. Oleh itu manfaatkan lah ruang yang diberikan kepada anda sewaktu anda bersendirian dalam kereta diketika jalan jem giler-giler *pheww*

TierO rasa entry ni semakin ditaip semakin meyimpang dari idea asal dan tajuk kat atas tuh *haishh* sampai sini sahaja dulu, akan datang kita jumpa lagi dengan entry merepek tierO. Kalau entry merepek memang serah kat tierO la, yang tulus mulus lurus dan benar mengikut highway PLUS  kita serah kat zieO.

Rasanya dalam merepek-repek tierO ni ada nasihat kan? hikhik *tak caya cuba baca betul-betul, hikhik*

Sekian terima kasih,
[tierO] 

No comments: