Monday, 9 January 2012

"ORANG BARU"

Yuuhuuuu....Apa Khabar semua...shieO sihat ke..kita jumpa lagi dalam rancangan KEPOH KECOH..hahahah merepek je aku ni..Topik hari ni ialah “ORANG BARU”. Hmmm..Dalam makna tu kan.dapat anak pun panggil orang baru..Kawin lagi satu pun panggil orang baru..Apa-apa pun orang tu tetap baru untuk kita.

Lepas putus cinta mesti la dapat orang baru kan.Jangan korang tak tau kelebihan orang baru ni ialah sedikit sebanyak dapat tolong kita melupakan orang lama( tapi dalam bercinta je la).Bila dapat orang baru ni kita pun rasa happy yela kan dapat penganti yang lagi handsome,lagi comey,lagi sweet,lagi kaya(hahahaha) lagi baik,terus lupa pada lama.Dalam hati pun mula la cakap “tak menyesal aku putus ngan dia.apa dia ingat dia bagus sangat..ni la hikmahnya aku putus ngan dia,aku dapat yang lagi advance dari dia”..Mula la tu nak lupa diri.Dulu masa putus cinta bukan main lagi menangis melalak sampai semua orang dalam rumah tu tak nak di tegurnya.Dok termenung je Kononnya dia lah yang baik,dia lah yang memahami kita.Tapi bila dapat yang baru hilang semua tu. Biasanya orang baru ni sikapnya perangainya tak de la beza sangat dengan yang lama.Kalau beza pun sikit jela kan.

ZieO ada pengalaman dalam “ORANG BARU” ni,6 tahun yang lepas telah muncul orang baru dalam hidup zieO.Dimana abah zieO telah berkawin lain setelah 6 tahun kematian mak zieO..mula- mula tu memang kami adik beradik(3 beradik je) tak setuju langsung abah kawin lain.yelah bakal mak tiri zieO tu muda giler (beza umur ngan zieO 2/3 tahun jek)..pastu plak abah asyik lebihkan dia je.Memang zieO anti gile ngan dia siap SMS marah-marah dia,cakap dia macam-macam ( huh jahatnya aku masa ni).dalam pikiran zieO kan “apa dah tak de laki lg muda ke dia ni nak” maklum la beza umur dia ngan abah zieO 17tahun kot..dia kawin ngan abah zieO masa dia umur 26tahun.Tu yang kami tak boleh terima..

Tapi kuasa ALLAH tak de sape dapat halang, akhirnya diorang kawin gak.Masa kenduri kawin kat umah perempuan zieO pergi gak yelah nak jaga air muka abah kan.Kerna terpaksa( tak rela pun).Satu hari tu zieO jatuh sakit dan kebetulan zieO ada kat umah abah,Makcik (panggilan pada mak baru) jaga zieO,dia tak pegi mana-mana pun,sentiasa ada sebelah zieO masa tu.memang zieO terharu sangat-sangat dengan keterbukaan hati dia jaga zieO selepas zieO buat macam-macam kat dia..zieO pun mintak maaf la kat dia atas apa yang zieO dah buat kat dia.


Lepas pada tu kami pun berbaik dan sekarang kami dah jadi macam kawan maklum la umur pun tak jauh beza.Apa yang zieO suka,dia pun suka.senang cite dia tiru zieO lah.apa yang zieO ada dia pun nak gak..Sian abah nak puaskan hati isteri mudanya..hahahha.(jahatnya aku)..Moral dari cerita ni tak semua orang baru tu jahat.hanya hati and fikiran kita je yang jahat.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua Sejahat mana seburuk mana seseorang itu akan terlihat jua.Berserah and berdoa pada ALLAH minta di beri petunjuk akan kebenarannya.

Sekarang zieO ada 2 orang adik dari mak baru ni..hehehe




Belajarlah menerima andai itu takdirnya.Seperti mana zieO menerima Makcik and adik-adik baru zieO dan seseorang yang bakal bergelar SUAMI kepada zieO.Walaupun perhubungan kami telah terputus hampir 10 tahun (sejak tamat sek  menengah) , namun dengan kehendaknya kami di pertemukan semula di tempat yang zieO sendiri tak terfikir akan berjumpa si dia di situ.(hahaha nak tau kat mana kene tunggu enrty seterusnya).Masa jumpa tu terkejut la jugak kan sebab tak sangka langsung yang kami akan berjumpa semula.dan zieO redha andai dia jodoh yang zieO tunggu selama ini.

“Andai itu adalah takdirnya,Redhalah dengan ketentuannya”

-Amin-



1 comment:

Anonymous said...

biasa la kita sebagai insan mmg susah nak terima sesuatu yg baru.cuma masa dan keadaan yg dapat mengubah pendirian kita pada penerimaannye.
namun jangan kita mudah lupa bersyukur bila mna kehidupan itu dapat mengembirakan hati dn perasaan kita
so pada zie sy harap kita sama2 bahagia n bersyukur dn berserah pada ILAHI semoga semua berjalan lancar...amin........