Monday, 19 March 2012

tarik tali

Assalamualaikum

Sekejap saja rasanya kita sudah melangkah ke suku tahun bagi tahun 2012. Masa kalau kita tidak kira memang akan berlalu dengan cepat *cuba kalau dipandang jam tu untuk waktu balik kerja, berapa punya lambat dahh!*



"kau main tarik-tarik tali"

tapi kali bukan tarik tali yang game tu *biasanya orang yang tamak nakkan tali tu akan menang, lolx* kali ni nak cerita tarik tali tentang perasaaan *ewahhh* 

Pernah tak rasa saat kita nak lepaskan sahaja perasaan tu, tetapi dia tiba-tiba datang semula? *paham tak?* well tierO sekarang tengah mengalaminya *uhukk!* rasa macam nak lempar jauh-jauh apa yang dirasa, tapi terkedek-kedek dia datang semula. Bila kita ingat dia dah takda, nanti ada datang semula *kalau macam ni memang payahlah nak lupakan*



Dari apa yang diharapkan cuma mahu tali itu bersimpul-simpul hingga tersimpul rapi *ehem ehem* 

Sekian, kita jumpa lagi next entry
[tierO]

Saturday, 18 February 2012

complete 1/2012


Assalmualaikum to all readers *ewahhh*

zieO mana kau? lamo sonyap? bercinto sampai tak hingat nak update blog ek!

Hahaha, mukadimah je dah marah-marah, sorry zieO bukan marah saje jer. Sudah lama kita tak bersua muka di muka blog ini. Kekangan idea sangat-sangat mencemburui tierO. Satu lagi sekarang ni macam sudah melangkah kealam kesibukan semasa bekerja *adehh*


sweet couple from Korean drama Marry Me Mary


Bukan senang untuk kita saling melengkapi hidup masing-masing pendek kata "aku ada kerna kamu, kamu ada kerna aku" *haha, ntah mana punya pepatah kau petik tierO* dan bukan juga senang untuk kita menjadi yang sempurna untuk orang yang kita sayang. Maksud jadi yang sempurna kepada yang kita sayang tidak terhad kepada boy/girlfriend sahaja *tak tau lah kalau betul wujud orang yang hanya menyayangi boy/girl dia sahaja! meh tierO nak tembak orang itu! haha*, untuk keluarga, suami/isteri dan kepada pencipta kita Allah s.w.a.

Lumrah kerana kita seorang manusia memang tidak semuanya sempurna. Terimalah seadanya orang yang ada si sekeliling kita.

Sekian, kita jumpa lagi next entry, terima kasih
[tierO]

Sunday, 15 January 2012

Ingin Kumiliki




Mungkin kumiliki, seluruh cintamu
Kusadari semua itu angan ku

Ku ingin katakan, hanyalah dirimu
Yang melukis warna mimpi hati ku

Ingin kumiliki dengan sepenuh hati
Walau ku harus setengah terluka
Mengharap cintamu

Ingin ku sayangi
Tanpa terbagi lagi
Apakah mungkin terjalin kasih
Bila aku tak tahu
Bagaimana kau mencintai diriku

Ingin kumiliki
Ingin kusayangi
Mungkinkah?



[tierO]

Monday, 9 January 2012

"ORANG BARU"

Yuuhuuuu....Apa Khabar semua...shieO sihat ke..kita jumpa lagi dalam rancangan KEPOH KECOH..hahahah merepek je aku ni..Topik hari ni ialah “ORANG BARU”. Hmmm..Dalam makna tu kan.dapat anak pun panggil orang baru..Kawin lagi satu pun panggil orang baru..Apa-apa pun orang tu tetap baru untuk kita.

Lepas putus cinta mesti la dapat orang baru kan.Jangan korang tak tau kelebihan orang baru ni ialah sedikit sebanyak dapat tolong kita melupakan orang lama( tapi dalam bercinta je la).Bila dapat orang baru ni kita pun rasa happy yela kan dapat penganti yang lagi handsome,lagi comey,lagi sweet,lagi kaya(hahahaha) lagi baik,terus lupa pada lama.Dalam hati pun mula la cakap “tak menyesal aku putus ngan dia.apa dia ingat dia bagus sangat..ni la hikmahnya aku putus ngan dia,aku dapat yang lagi advance dari dia”..Mula la tu nak lupa diri.Dulu masa putus cinta bukan main lagi menangis melalak sampai semua orang dalam rumah tu tak nak di tegurnya.Dok termenung je Kononnya dia lah yang baik,dia lah yang memahami kita.Tapi bila dapat yang baru hilang semua tu. Biasanya orang baru ni sikapnya perangainya tak de la beza sangat dengan yang lama.Kalau beza pun sikit jela kan.

ZieO ada pengalaman dalam “ORANG BARU” ni,6 tahun yang lepas telah muncul orang baru dalam hidup zieO.Dimana abah zieO telah berkawin lain setelah 6 tahun kematian mak zieO..mula- mula tu memang kami adik beradik(3 beradik je) tak setuju langsung abah kawin lain.yelah bakal mak tiri zieO tu muda giler (beza umur ngan zieO 2/3 tahun jek)..pastu plak abah asyik lebihkan dia je.Memang zieO anti gile ngan dia siap SMS marah-marah dia,cakap dia macam-macam ( huh jahatnya aku masa ni).dalam pikiran zieO kan “apa dah tak de laki lg muda ke dia ni nak” maklum la beza umur dia ngan abah zieO 17tahun kot..dia kawin ngan abah zieO masa dia umur 26tahun.Tu yang kami tak boleh terima..

Tapi kuasa ALLAH tak de sape dapat halang, akhirnya diorang kawin gak.Masa kenduri kawin kat umah perempuan zieO pergi gak yelah nak jaga air muka abah kan.Kerna terpaksa( tak rela pun).Satu hari tu zieO jatuh sakit dan kebetulan zieO ada kat umah abah,Makcik (panggilan pada mak baru) jaga zieO,dia tak pegi mana-mana pun,sentiasa ada sebelah zieO masa tu.memang zieO terharu sangat-sangat dengan keterbukaan hati dia jaga zieO selepas zieO buat macam-macam kat dia..zieO pun mintak maaf la kat dia atas apa yang zieO dah buat kat dia.


Lepas pada tu kami pun berbaik dan sekarang kami dah jadi macam kawan maklum la umur pun tak jauh beza.Apa yang zieO suka,dia pun suka.senang cite dia tiru zieO lah.apa yang zieO ada dia pun nak gak..Sian abah nak puaskan hati isteri mudanya..hahahha.(jahatnya aku)..Moral dari cerita ni tak semua orang baru tu jahat.hanya hati and fikiran kita je yang jahat.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua Sejahat mana seburuk mana seseorang itu akan terlihat jua.Berserah and berdoa pada ALLAH minta di beri petunjuk akan kebenarannya.

Sekarang zieO ada 2 orang adik dari mak baru ni..hehehe




Belajarlah menerima andai itu takdirnya.Seperti mana zieO menerima Makcik and adik-adik baru zieO dan seseorang yang bakal bergelar SUAMI kepada zieO.Walaupun perhubungan kami telah terputus hampir 10 tahun (sejak tamat sek  menengah) , namun dengan kehendaknya kami di pertemukan semula di tempat yang zieO sendiri tak terfikir akan berjumpa si dia di situ.(hahaha nak tau kat mana kene tunggu enrty seterusnya).Masa jumpa tu terkejut la jugak kan sebab tak sangka langsung yang kami akan berjumpa semula.dan zieO redha andai dia jodoh yang zieO tunggu selama ini.

“Andai itu adalah takdirnya,Redhalah dengan ketentuannya”

-Amin-



Fall in LOVE

Assalamualaikum semua readers :)

Pejam celik pejam celik dah masuk hari kesembilan ditahun 2012, esok yang ke 10. Masa berlalu memang  cepat kan?, rasanya azam tierO belum bergerak-gerak lagi nih, masih berada di garisan permulaan *lambat betul pengadil nih nak tiup wisel* dah lah tierO ni bergerak dengan super slow mengalahkan ulat gonggok, hikhik.

Apa topik kali ini ek? tadi macam mencurah-curah dalam kepala sekarang hilang entah kemana *kemana kau?* Nak sambung entry sebelum nih, rasa macam dah tak reti nak bercerita apa. Entry putus-putus cinta dan nasihat-nasihat cinta ni tierO tak reti, zieO yang hebat! kan zieO *betul tuh dia angguk kepala*


"I believe in love"

Korang believe tak? kalau tierO believe aja. Hati kita mestilah kita percaya kan. Siapa lagi yang nak percaya hati kita selain diri kita sendiri *siapa setuju sila angkat kaki kiri*

Bila kita dah jatuh cinta, sure kita akan percaya giler kat dia dan dalam masa yang sama kita nih dah macam bayang-bayang dia *mana u nak pergi, nak buat apa, dengan siapa, u mesti bagi tau I ek* hahh betul tak?

Eh tapi, kalau kita dah percaya kan dia buat apa nak ambil tahu setiap pergerakan dia? takkan lah dia nak makan dan makan apa pon nak kena report. haha *amik kau mak nenek tierO bebel merepek-repek* ada lelaki suka nak report benda-benda nih semua, ada yang tak suka tapi terpaksa buat sebab sayang punya pasal.

Rasanya, mesti lelaki rimas dengan perempuan yang seperti bayang-bayang nih kan. ada masanya dia perlukan ruang dan perlu bernafas dengan sepuas-puasnya tanpa sesiapa di sisi dia *bunyi macam nak membela lelaki lah pulak!*

Tiero tidak menyebelahi mana-mana pihak *tidakkk saya tidak bersalah* bercakap atas dasar ruang, semua orang dizaman sekarang perlukan ruang *bukan ruang yang diperkatakan adlin aman ramli tu ek* ruang yang cuba dimaksudkan ialah ruang untuk diri sendiri yer anak-anak semua *mampus orang tak paham baca ayat aku nih!* 

Semua orang sekarang memerlukan masa untuk diri dia sendiri untuk bersendirian. Masa kita bersendiri tulah macam-macam yang kita fikir atau buat keputusan tanpa dipengaruhi mana-mana orang. Biasanya ruang yang ada untuk tierO bersendiri dan berfikir tanpa gangguan *berangan sebenarnya* bila berada dalam kereta. Oleh itu manfaatkan lah ruang yang diberikan kepada anda sewaktu anda bersendirian dalam kereta diketika jalan jem giler-giler *pheww*

TierO rasa entry ni semakin ditaip semakin meyimpang dari idea asal dan tajuk kat atas tuh *haishh* sampai sini sahaja dulu, akan datang kita jumpa lagi dengan entry merepek tierO. Kalau entry merepek memang serah kat tierO la, yang tulus mulus lurus dan benar mengikut highway PLUS  kita serah kat zieO.

Rasanya dalam merepek-repek tierO ni ada nasihat kan? hikhik *tak caya cuba baca betul-betul, hikhik*

Sekian terima kasih,
[tierO] 

Wednesday, 4 January 2012

crush

Assalamualaikum

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012, tahun baru haruslah ada cita-cita baru kan? *okeh tieO nak bercinta tahun ini, ewahh* Hati dan dada sudah dilapangkan, tunggu masa untuk dia sampai.

Panjang sungguh entry zieO kan? fuaa nasihat yang baik untuk semua orang perempuan termasuk tierO sekali. Sememangnya pengalaman itu banyak mengajar kita. Bagi tierO, pengalaman bercinta tu taklah banyak *masih boleh dibilang dengan jari*, sebab tierO ni jenis yang keras hati, sekali terluka memang payah nak lupa, pendek kata pintu hati terkunci rapat siap dengan berantai-rantai lagi T_T'.


"kau telah jauh, jauh dari ku"
"tiada ruang di hati buatmu"
"namun harus ku akui"
"ada ketika diminda kau menjelma kembali"


tierO masih ingat dengan siapa tierO bercinta *ewahh, macam ramai sangat! ko memang gagal lah kalau bercinta tierO* Kita ingat mereka satu persatu tidak semestinya kita masih sayang mereka, cuma kadang-kadang dia datang melawat dalam fikiran *biasanya tierO akan ingat perkara yang best-best je, lepas tu senyum sorang-sorang*


"sekali sekala ada"
"ada rindu yang datang tiba-tiba"
"tak mungkin kerna sayang"
"cuma terganggu oleh perasaan"


Biasanya rasa tu datang bila kita rasa sunyi, oleh itu jaganlan kita terlalu melayankan sangat perasaan. Apa yang dah lepas biarlah lepas. Jika masih berkawan dengan orang yang kita pernah sayang dan cinta, ingatlah kita hanya berkawan dengan dia *pheww* tierO masih lagi berkawan dengan 'my ex'. Dia sangat baik, taktau kenapa tierO kejam dengan dia, mungkin keadaan yang memaksa.


'jika ada jodoh tak kan kemana' 
'cuma belum sampai masanya'
'ia bagai jambatan keseberang'
'kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan'


Rasanya cukup sampai sini dahulu entry tierO, kalau ada yang terasa tu minta maaf la ek, tierO cuma menaip atas dasar apa yang tierO rasa.



Sekian terima kasih.
[tierO]


Tuesday, 3 January 2012

PUTUS CINTA

Assalammualaikum…

“SELAMAT TAHUN BARU …..”

Sorry tierO lambat update..Maklum la hujung-hujung tahun ni banyak yang nak di update-kan nye pun..Ehem ehem…adoi gatal plak tekak ni..Hmmm..PUTUS CINTA..ramai antara kita pernah putus cinta kan.zieO dah banyak kali putus cinta bila dah kerap sangat putus cinta ni kan zieO dah lali klu frust lagi.zieO kadang-kadang terpikir apa yang lelaki cari dalam satu perhubungan tu sedang kan dia mempunyai isteri yang baik,  penyayang, hormat org tua, taat pada agama pun di ceraikan oleh si suami ini kan pulak kita yang baru bercinta. Lain orang lain pikiran nya kan.Tak semua lelaki macam tu betul tak.Hmmm..dalam satu percintaan apa yang paling penting adalah penerimaan kita terhadap dia and penerimaan dia terhadap kita..Kepercayaan juga penting tapi jangan terlalu percaya di awal perhubungan tu..Apa yang buat orang perempuan kecewa yang teramat sangat bila putus cinta salah satu dari nya sebab terlalu percaya dan terlalu sayang, sampai diri pun tergadai..

Bila di tinggalkan dengan alasan yang tak munasabah, kita rasa marah,bengang,kecewa,geram sebab di perlakukan macam tu tambahan pulak kita dah menyerahkan segalanya pada dia (kononnya tu bukti kita cintakn dia).Bak kata pepatah “ Habis Madu Sepah Di Buang”..Time tu mula la rasa nak bunuh diri kan.Hidup pun dah tak de makna sebab dok pikir tak de lelaki yang nak kita kalau dia tau kita dah tak DARA lagi..Tau tak sebenarnya Perempuan/Wanita yang menjaga kehormatan dirinya dan di berikan hanya kepada suaminya(1st time),Sesungguhnya dia telah membina sebuah istana buat ibunya di akhirat kelak..Wallwahualam.

Biasanya orang perempuan kalau putus cinta dia menangis semahunya,dok berkurung dalam bilik,makan tak nak,mandi tak nak..Masa macam ni la syaitan sangat suka menggangu manusia..Itulah terjadinya perkara-perkara negative.Jangan macam tu,bila kita putus cinta memang pedih nak terima,tapi cuba tanamkan dalam diri yang dia bukan yang terbaik buat kita atau dia bukan jodoh kita kerana sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat Umantnya..Kita kena pikir perkara yang positif.Itu semua adalah dugaan dariNYA kerana ALLAH tidak akan menguji kita di luar kemampuan kita.Kita di lahirkan hidup berpasangan tapi bukan bermakna kita tak boleh hidup berseorangan.Boleh, tapi bagi mengelakkan terjadinya maksiat kita diwajibkan berkahwin jika kita mampu dari semua segi.Bersabar dan selalu berdoa moga di pertemukan dengan pasangan yang sesuai dan dapat membimbing kita ke jalan yang betul dan di redhai ALLAH S.W.T..

Jangan sekali kali kita menyerahkan kehormatan kita pada lelaki yang belum tentu lagi menjadi suami kita.Solat lah dan mengadulah padaNYA sesungguhnya DIA Maha Mendengar..Luahkan segalanya dan janganlah ketika susah kita mencari NYA dan bila senang kita lupa pada NYA.Jadilah diri sendiri dan ubah lah kelakuan diri / sikap untuk kebaikan dan bukan untuk keburukan.Berubah demi kebaikan.Biar lah kita di cintai seadanya diri kita.dan di terima sebagai pasangan dengan hati yang terbuka.

Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya.Ambil pengajaran dari percintaan yang lepas dan jangan di ulangi perkara yang sama dengan pasangan yang baru.Setiap lelaki kemahuan,citarasa semua nya berbeza.Ada yang suka perempuan gemuk,ada yang suka perempuan kurus,ada yang suka perempuan berusia.Sebab tu ada pepatah “CINTA ITU BUTA”.

Berdasarkan dari pengalaman zieO la kan.Lelaki ni sebenarnya hati dia lebih lembut dari perempuan.Memang kita susah nak nampak sebab ia terselindung di sebalik ego mereka.

5 Perkara yang lelaki tak suka pada seorang perempuan:-

1-      Dikongkong / control
2-      Berleter / membebel
3-      Perempuan yang cerewet
4-      Perempuan yang tak pandai berdikari.
5-      Tak hormat orang tua.


5 Perkara yang lelaki suka pada seorang perempuan.

1-      Sopan santun,Berbudi Bahasa
2-      Berdikari
3-      Taat pada agama dan ibubapa.
4-      Memahami
5-      Bijak dalam melakukan sesuatu perkara.


Pengalaman banyak mendewasakan kita dan buat kita lebih matang dalam menjalani 
liku-liku hidup ini.Jangan di ulangi kesilapan yang sama..

Wassalam....